Saturday 8 October 2016

Tips Membeli di Facebook

Salam selamat petang Kak Flora🌺 ucapkan , selamat bercuti kepada yg bercuti. Semoga happy sentiasa bersama keluarga tersayang..πŸ’—πŸ‘ͺ
.
Kali ni Kak Flora🌺 nak share sikit tentang membeli secara online di FB. Tips ni juga boleh diaplikasi jika uols juga membeli di Instagram , ok.. πŸ˜ƒπŸ‘

Sebelum membeli produk atau apa saja dari seseorang seller, berikut tips simple yang uols boleh ikuti :
.
☑ Stalk FB penjual
.
- Ambil masa utk perhatikan FB akaun si penjual, sekurang2nya semingu. Lihat apa yang dijual dan lihat KEKERAPAN posting. Lebih aktif, lebih bagus. Kebanyakan scammer, mempunyai akaun yg kurang aktif. Kerana scammer mungkin mpunyai banyak akaun untuk menipu orang. Hati2 jika penjual hanya UPDATE STATUS SEMINGGU SEKALI.
.
☑ Perhatikan Komen2
.
- Perhatikan komen2 yg diterima disetiap posting si penjual. Adakah si penjual benar2 mempunyai rakan. Rakan sekolah, rakan universiti, rakan ditempat kerja dll. Lebih bagus jika anda dpt melihat ahli keluarga si penjual. Ini utk memastikan yg penjual adalah manusia benar yang beraktiviti dan berkomunikasi dgn org lain secara nyata.
.
☑ Wajah Seller
.
- Hati2 jika seller tidak pernah langsung menunjukkan muka (maksudnya lebih kepada personal akaun). Melainkan Page perniagaan yang profesional yang tidak mencampur aduk urusan perniagaan dan personal. (Ada cara juga nak kesan scam jika beli melalui page, sila baca sampai habis). Berhati2 dgn seller yg mgunakan profile picture imej kucing, bunga, dll.
.
☑ Budi Bahasa
.
- Cuba hubungi seller melalui nombor yg tertera atau melalui PM/DM. Lihat response yg diberikan. Sekiranya sambutannya mesra terhadap anda, kebarangkalian anda akan mendapat "after sales servis" yang baik selepas membeli dari seller tersebut.
.
☑ Pengetahuan Tentang Produk
.
- Ajukan soalan2 teknikal berkenaan produk yang dijual. Pastikan seller tersebut mempunyai pengetahuan berkenaan barang yg dijual spt apakah bahan asas produk, bagaimana cara guna, apakah komplikasi jika diguna tanpa cara yg betul. Perhatikan apakah seller berpengalaman menggunakan sendiri produk yg dijual. Lebih byk input, lebih bagus, dan lebih tinggi kebarangkalian seller tersebut adalah genuine.
.
☑ Akaun Bank Syarikat
.
Apabila anda ingin membayar, pastikan seller memberi NOMBOR AKAUN SYARIKAT, bukan bernama personal. Yg ini amat penting, kerana sebarang penipuan menggunakan akaun syarikat, anda boleh ketengahkan dgn undang2
.
.
Semoga tips ini membantu uols smua yg suka beli2 kt facecbook ye..πŸ˜ƒπŸ‘πŸ˜ƒ

No comments:

Post a Comment